Powered By Blogger

Rabu, 28 Mei 2014

Usah Sombong Bila Berjaya..^_^

     MENGAPAKAH ALLAH melarang penyakit sombong daripada menguasai jiwa manusia? Umum mengetahui, manusia ini sifatnya lemah. Sedangkan ALLAH yang memiliki kuasa bersifat Pengasih dan Penyayang tidak pernah sombong dengan hamba-NYA. Hanya manusia yang tidak beriman sahaja menganggap dirinya berkuasa dan kuat segala-galanya. Manusia lupa, apa yang ada pada dirinya adalah pinjaman daripada ALLAH dan tidak layak sama sekali bersifat angkuh.

     Sifat angkuh dan sombongini sangat bahaya sehinggakan Rasulullah SAW menjelaskan melalui satu hadis daripada Abdullah bin Mas'ud r.a diriwayatkan oleh Muslim, katanya,
Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong. Kemudian seseorang berkata, "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus." Beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah itu indah dan DIA menyukai keindahan, (dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.
     ALLAH sendiri mengingatkan hamba-NYA supaya jangan berlaku sombong terhadap manusia lain dan ini ditegaskan dalam al-Quraan surah Luqman ayat 18 yang bermaksud,
Janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
     Orang yang bersifat sombong sudah tentu akan terlepas peluang menjadi penghuni syurga. Perhatikan apa kata Rasulullah SAW melalui hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim ini,
Rasulullah SAW berkata, "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab: Tentu (wahai Rasulullah). Lalu baginda berkata: "(Penghuni syurga adalah) orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain, kalau dia bersumpah (berdoa) nescaya ALLAH kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab: Tentu (wahai Rasulullah). Lalu beliau berkata: "(Penghuni neraka adalah) orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong."
     Bagi orang berjaya tetapi bersifat sombong, mereka tidak akan menyedari bahawa telah berlaku sombong. Ini kerana, mereka telah tenggelam dalam pujian masyarakat bahkan seakan-akan buta yang sifat itu adalah perbuatan tercela. Ini akan membuatkan mereka berasa lebih hebat manakala orang lain dianggap lemah.

     Apabila ini berlaku, hati mereka seolah-olah telah dikunci mati kerana hati merupakan punca segala kesombongan, sedangkan anggota tubuh yang lain terpaksa tunduk dengan kehendak hati yang bongkak ini.

     Oleh itu, janganlah ada di antara kita memiliki sifat sombong kerana ALLAH telah menjanjikan kehinaan hidup di dunia dan di akhirat berpunca daripada sikap jahil yang dilakukan. ALLAH menjanjikan amanat-NYA dalam al-Quraan surah Al-A'raf ayat 146, yang bermaksud,
Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-KU (yang menunjukkan kekuasaan-KU).
     Apabila ALLAH telah memalingkan hati, yakni tidak mahu menerima kebenaran, DIA akan menghinakan hidup seseorang itu dengan kejahilan sebagai balasan sikap sombong. Manakala pada hari akhirat, akan dihina pula dengan cara saiz tubuh mereka dikecilkan seperti semut dan kehinaan datang kepada mereka daripada segenap penjuru. Ini dijelaskan melalui hadis oleh at-Tirmizi dan Ahmad, Rasulullah SAW berkata,
Orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamatseperti dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia, dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka dibawa ke penjara neraka jahanam yang disebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman daripada kotoran penghuni neraka.





SELAMAT MEMBACA.. ^_^

 
 
 
 
 

Ahad, 25 Mei 2014

Bersyukur Apabila Mendapat Nikmat...

     BERSYUKUR bermaksud berterima kasih di atas nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Nikmat yang dimaksudkan di sini terlalu luas ertinya. Secara keseluruhan, apa yang Allah berikan kepada hamba-NYA di dunia adalah nikmat belaka. Di antara nikmat yang kita perolehi ialah kesihatan, kemewahan, rezeki dan kebahagiaan. Manakala nikmat yang terbesar ialah iman dan Islam.

  Tanda-tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila dia gembira dengan nikmat tersebut dan melipatgandakan amal ibadat serta mendekatkan diri kepada ALLAH. Juga sentiasa mengucapkan syukur dan memuji-muji keagungan-NYA di samping mengingati-NYA meskipun ketika beroleh nikmat yang kecil.

     Orang yang bersyukur, jiwanya bersih. Bertambah dekat kepada ALLAH dan semakin sedar nikmat yang dikurniakan itu perlu digunakan untuk kebaikan sesama manusia. ALLAH telah berjanji akan memberikan nikmat tidak terhingga kepada mereka yang bersyukur dan akan memberikan balasan baik bagi yang sebaliknya.

      Bayangkan jika Rasulullah SAW sendiri pernah menitiskan air mata apabila mengenangkan kejadian alam yang terbentang luas ini ketika menunaikan solat, apatah lagi kita sebagai insan biasa. Perbuatan Rasulullah SAW ini dilihat oleh isterinya Siti Aisyah r.a, lantas dia bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan engkau menangis sedangkan ALLAH telah mengampunkan dosa-dosamu yang lalu dan terkemudian?"

      Rasulullah SAW kemudian menjawab, "Adakah aku ini bukan seorang hamba yang bersyukur? Mengapa aku tidak berbuat demikian sedangkan ALLAH telah memberikan banyak nikmat kepadaku?" Sehubungan itu terdapat enam cara untuk kita menyatakan syukur kepada ALLAH:

     Pertama: Sentiasa berdoa atau memuji ALLAH dalam setiap perbuatan dan tindakan. Misalnya ketika bangun daripada tidur, sebelum dan selepas makan, menaiki kenderaan dan sebagainya.

     Kedua: Disunatkan melakukan sujud syukur apabila mendapat kejayaan, kemenangan dan seumpamanya. Doa sujud syukur ialah, "Aku sujudkan wajahku ini kepada Yang Menciptanya dan membentuk rupanya dan Yang Membuka Pendengaranya dan Penglihatannya. Maha Suci ALLAH sebaik-baik Pencipta."

     Ketiga: Melakukan segala perintah ALLAH dengan ikhlas dan menjauhi segala larangan-NYA dengan sabar. Ini ditegaskan oleh Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah Abdul Rahman Ibn Sokhrin r.a beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, hendaklah kamu menjauhinya dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.
      Keempat: Memanfaatkan pemberian ALLAH dengan cara yang betul seperti menggunakan lidah untuk berzikir, mata untuk membaca al-Quraan, tangan untuk membantu, telinga untuk mendengar perkara baik dan seumpamanya. Ini dijelaskan dalam al-Quraan surah Al-A'raf ayat 205,
Dan sebutlah nama TUHANmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai.
      Kelima: Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, sentiasa bersedekah dan menginfakkan harta ke jalan ALLAH S.W.T. Ini ditegaskan dalam hadis at-Tarmizi, Rasulullah SAW yang berkata,
Aku memerintahkan kamu bersedekah. Perumpamaan perkara itu sama seperti seorang lelaki yang ditawan oleh musuh. Mereka mengikat tangannya terbelenggu di lehernya. Maka berkatalah (sedekah), "Aku menebusnya daripada kamu banyak atau sedikit. Sehingga (sedekah) menebus dirinya daripada mereka."
     Keenam: Sentiasa memohon kepada ALLAH agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur, sebagaimana doa yang diajarkan oleh Raulullah SAW bermaksud, "Ya ALLAH! Bantulah kami supaya dapat selalu menyebut-MU ( berzikir mengingati-MU), bersyukur dan beribadat yang sebaik-baiknya kepada-MU."



SELAMAT MEMBACA!!!! ^_^



    

     

Khamis, 22 Mei 2014

Resipi Membangunkan Hati....

MEMBANGUNKAN hati. Bagaimana caranya untuk kita membangunkan hati? Kenapa pula kita mesti melakukannya?

Hati ini milik ALLAH. Ia sentiasa perlu dibangunkan agar tidak tenggelam dalam keseronokan dan keselesaan dunia semata-mata. Hati yang tenggelam ini akan berhadapan dengan risiko kematian hati. Kematian hati ini satu penyakit yang paling ditakuti oleh orang-orang yang beriman kepada Allah. Tetapi, bagaimana mahu membangunkan hati?

Jika memasak pun ada resipinya yang tertentu, maka mahu menjadikan hati itu baik juga tentu ada resipinya yang tersendiri.


~Resipi Asas, Jangan Abaikan

Jika dalam masakan, kita ada bahan-bahan asas yang perlu dimasukkan seperti bawang dan minyak. Maka mahu membangunkan hati pun ada resipi asas ini, maka kita letaklah apa pun selepas itu, ia tetap akan menjadi tidak bermakna.

Apakah resipi asas itu?

  • Solat fardu
  • Membaca Al-Quraan
Inilah dua resipi utama. Jangan kita abaikannya. Sesiapa yang meninggalkan yang dua ini, maka resipi-resipi selepas itu pun akan memiliki lompang yang banyak. SOLAT itu satu keutamaan dalam kehidupan kita. Sesiapa yang meninggalkannya, dia telah meruntuhkan tiang-tiang utama yang memegangnya.

Begitulah solat. Bagaimana mungkin kita membina hati teguh dengan kebaikan jika solat tidak dijaga. Ada juga yang solat dalam keadaan kosong, lantas dia tidak memperolehi apa-apa pun melainkan gerakan dan bacaan semata-mata. Maka perelokkanlah solat. Dalamilah makna ayat-ayatnya agar kita memahami setiap gerakan dan bacaan kita. Perbaikilah solat kita dan latihlah hati untuk khusyuk ketika melaksanakannya.

Al-Quraan itu sumber kekuatan kita. Di dalamnya ada penawar kepada segala masalah. Didalamnya ada berita gembira yang sentiasa mendorong untuk kita membuat kebaikan. Di dalamnya jua wujud ancaman-ancaman yang sentiasa mengingatkan kita agar tidak melampaui had yang telah Allah tetapkan. Bacalah al-Quraan dan dalamilah setiap butir perkataannya.

Ini resipi asas. Tinggalkan ini hati kita akan binasa. Solat itu perintahnya turun dari langit. Begitu juga al-Quraan. Kedua-duanya dari tempat yang tinggi. Maka, sesiapa yang mengabaikan kedua-duanya, hilanglah ketinggian dan kekuatan dalam hidupnya.


SELAMAT MEMBACA ^_^.....







Selasa, 12 Februari 2013



salam ukhuwah ;) rasanya dah lama sangat dah tak update blog niy . so , skrng niy mira nak share something yg insyaAllah berguna utk mira dan kawan2 semua . bnda niy mira dapat drpd i luv islam ;)


Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.

Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah!  Janji Allah itu pasti benar.
SEMOGA ALLAH REDHA ^_^

Selasa, 16 Oktober 2012

Oops!!! Dah Abes Sem 1.....^_^


Assalamualaikum...

dh lme rsenye mira x mnulis blog ni..haha..bkn pe bizy+malas..lgpn kiteorg aritu bru abes exam..ni bru ade mood nk tlis blog..hehe..mira  tetibe rndu ngan kwn2 mira..hehe..lgi2 si hani ni..




bkn tu je kwn yg mira rndu tau..ade lgi...kak piqa yg lgi comel tu..hehe



mira rndu kt diorang sbb ari tu mira ade pgi timesquare ngan dorng..tu yg tetibe rndu ngan knangan brsama diorang...lgi sorg nmenye farhana..jap eh mira msukkn gmba dye..huhu..ni gmba farhana yg pkai tdung wrna merah tu..huhu..


tu je yg mira nk cter skit..hehe...len kali mira citer lg tau..lgipn cuti ni byk wktu bleh wat blog..huhu..rse skjp je dh abes sem 1..x lme lg mncul la plak sem 2..huhu..skjp je dh tua..haha sudah..ble mira dh mle mlalut mmg smpai esk x abes..x pelah ye..smpai kt sni je la..wassalam..





Selasa, 24 Julai 2012

Prep Ramadhan: Seni Untuk Cemerlang Di Bulan Ramadhan




Jika kita belum cukup bersedia untuk Ramadhan

10 Tip untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam Ramadhan

1.Laparkan Kejayaan : apa-apa pun target anda pada diri sendiri, anda akan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada target anda itu. Jangan jadikan kegagalan sebagai pilihan anda pada Ramadhan kali ini, tanamkan keinginan dan laparkan kejayaan

2.Tetapkan Matlamat : Apabila kita menetapakan matlamat kita pada Ramadhan kali ini, tetapkan matlamat yang tinggi! Allah S.W.T telah menetapkan matlamat yang tinggi kepada kita semua, iaitu Syurga Firdaus, Insyaallah. Kita tidak boleh hanya menetapkan matlamat, tetapi berusaha untuk mencapainya.

3.Bina Keyakinan Pada Ramadhan Ini : Jangan mendengar kepada mereka yang cuba menjatuhkan atau mengkritik terhadap perubahan yang cuba anda lakukan. Juga jangan membiarkan diri anda jatuh atau kecewa pada diri sendiri, jika anda gagal untuk mencapai matlamat jangka pendek.

4. Buat Apa Yang Kita Suka Buat: pilih amalan yang paling gemar kita lakukan dan tingkatkan ia pada Ramadhan kali ini. Samada membaca Al-Quran, memasak/memberi makan, Qiamulail atau Bertahmid dan berzikir memuji tuhan. Lakukan amalan ini lebih dibulan Ramadhan. Nabi Muhamad S.A.W mahukan amalan ini berterusan walaupun ia kecil.

5. Kaji Kejayaan: Bukan hanya sekadar mengkaji, tetapi belajar daripada mereka yang lebih berilmu. Ia akan merangsang dan memotivasikan untuk kita menjadi lebih baik. Contoh terbaik adalah Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat. Baca kisah tentang mereka, insyaallah kehebatan dan kecekalan mereka akan memotivasikan kita.

6. Bersahabat Dengan Orang Cemerlang: Tidak dinafikan bahawa orang yang bergaul dengan kita akan mempengaruhi diri kita samada untuk menjadi baik mahupun buruk. Jika kita ingin berjaya, berkawanlah dengan orang berjaya. Tabiat baik mereka akan berjangkit kepada kita dan Insyallah ia akan memotivasikan kita dengan lebih baik lagi

7. Berusaha Sehabis Daya: Mengambil serius tentang pencapaian kita dan menjadikan mereka sebagai keutamaan. Insyaallah pada Ramadhan kali ini kita cuba untuk lebih fokus pada perubahan yang ingin kita lakukan, kerana kita tidak tahu mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita.

8. Bersedia Mengubah Rancangan : lazimnya jadual harian kita akan berubah semasa bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya cuba untuk mengubahnya dan hindari tabiat lama kerana ini adalah bulan untuk perubahan. Ia bermaksud bukanlah kita harus mengubah rutin harian semuanya sekali, tetapi menyesuaikan rutin itu mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Juga, jangan buat perkara yang mundur ke belakang atau memadatkan rutin harian kita kerana tiada siapa yang dapat menjangka bila hal kecemasan boleh berlaku

9.Ingatkan Diri Kita Tentang Hakikat Kejayaan Yang  Kita Capai : Ini ada beberapa cara. Antaranya adalah dengan pergi kepada seseorang yang boleh sentiasa mengigatkan kita, atau kita boleh mengingatkan diri kita sendiri. Ingatkan diri kita tentang amalan kita pada bulan ini dan kita mungkin tidak berpeluang seperti ini lagi.

10.Jangan Berputus Asa : Syaitan sentiasa membuatkan kita berputus asa atas perkara yang baik, tetapi pada bulan ini, syaitan dibelenggu. Oleh itu, Kita hanya bertarung dengan diri sendiri – Jangan anggap kita tidak mampu lakukan! Jika kita seorang yang beriman kepada Allah, jangan berputus asa, Berbuatlah perkara baik sehingga ke hujung bulan Ramadhan, walaupun mungkin kita penat seketika, tetapi jangan berputus asa!

Semoga Allah memberi keampunan kepada kita, Semoga Dia menjadikan Ramadhan kali ni penuh dengan rahmat dan semoga kita berjaya menjadikan Ramadhan kali ini paling berjaya dan produktif untuk diri kita! 










Sabtu, 21 Julai 2012

Hikayat Seorang Perempuan....^_^


Assalamualaikum...

Perempuan bukan dijadikan atas kepala untuk disanjung & dipuja.
Perempuan juga bukan dijadikan daripada alas kaki untuk dipijak-pijak sebagai alas kaki.
Tetapi perempuan dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki.
Hampir dengan hati untuk disayangi.
Hampir dengan tangan untuk dilindungi.
Tulang rusuk kiri lelaki, bengkok sifatnye.
Menjadi tanggungjawab lelaki untuk meluruskannya.
Masakan batang yang bengkok mampu menghasilkan bayang yang lurus.



 






Akal perempuan senipis rambutnya
Selalu mengikut perasaan ketika berbicara
Hati perempuan serapuh kaca
Mudah tersentuh dengan kata-kata
Nafsu perempuan setinggi gunung
Hanya keimanan mampu menghalangnya
Suara perempuan gemersik bak buluh perindu
Hingga menusuk, membelai dikalbu
Bicara perempuan sehalus sutera
Takkan jemu tika mendengarnya
Air mata perempuan mahal harganya
Tanda kasih pada kekasihnya
Kasih perempuan selembut salju
Mampu membuat lelaki hilang arah tuju.



Wassalam...