Powered By Blogger

Selasa, 7 April 2015

J.E.R.E.B.U



HARI ini, ALLAH SWT uji kita dengan jerebu yang memenuhi ruang udara yang tercemar dengan asap tebal yang menyesakkan untuk bernafas dan memedihkan mata yang memandang. Sama ada ianya 'al-Dukhan' sebagaimana tanda-tanda kiamat ataupun bukan itu belum pasti.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah asap (ad-Dukhan) yang memenuhi timur dan barat. Asap itu berada di bumi selama 40 hari. Bagi orang mukmin yang kena asap itu, ia hanya akan diserang gejala semacam selsema. Tetapi bagi orang kafir ia akan mabuk. Asap itu keluar dari lubang hidung, kerongkongan,mata, telinga dan duburnya." 
- Hadis riwayat Imam Al-qurtubi

Oleh sebab itu manusia perlu beradab terhadap alam sekitar dengan cara; Tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Tidak membuat kerosakan kepada makhluk ALLAH yang lain seperti haiwan dan tumbuhan serta menggunakan sumber-sumber alam untuk tujuan kebaikan bersama.

Firman ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud;
"Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia..." -al-Rum: 41


PENCERAHAN:

Antara punca berlakunya pencemaran alam seperti pembakaran terbuka ini adalah kerana; Perasaan tamak dan keinginan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Tidak ada kesedaran tentang pentingnya memelihara alam dan sikap ambil mudah serta akhlak yang buruk orang ramai terhadap alam sekitar.

Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia. Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Sedangkan baginda Nabi Muhammad SAW pernah menyebut:
"Sesiapa yang memotong pokok bidara maka ALLAH akan rendahkan kepalanya di dalam neraka" - Hadis riwayat Abu Daud

Amaran dan doa Nabi SAW agar ALLAH mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka ancamannya adalah neraka.


KESIMPULAN:

Sebenarnya ada jerebu yang lebih bahaya lagi dari jerebu udara ini. Iaitu jerebu Akidah, Jerebu Syariat dan Jerebu Akhlak:

  • J = Jahil ilmu sehingga melakukan kerosakan
  • E = Engkar pada peraturan ALLAH
  • R = Remehkan syariat ALLAH yang telah ditentukan
  • E = Endah tak endah pada aspek kebersihan
  • B = Bakar sesuka hati tanpa peduli persekitaran
  • U = Ulama disiasat ahli khurafat dibiarkan

Kerap kali manusia sangat bimbangkan kehidupannya di dunia yang sementara ini terjejas, tetapi jarang bimbangkan kehidupannya di akhirat yang kekal abadi terlepas!


Sumber: Cuit-Cuit Ustaz Kay's






Selamat membaca ^_^
















Sabtu, 4 April 2015

ILMU YAQIN, AINUL YAQIN DAN HAQQUL YAQIN







BARANG siapa yang ingin hidupnya selalu dilindungi, dibela, dimudahkan urusannya oleh ALLAH, dikabulkan doa-doanya, tetapi tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan mutu keyakinannya kepada ALLAH, maka keinginannya hanya akan menjadi sebuah angan-angan. Apa lagi bila tanpa usaha nyata untuk mewujudkannya.

Ketahuilah, hanya ALLAH lah yang seharusnya cukup menjadi penolong baginya, yang menjamin segala urusannya. Tidak ada satu pun penghalang jaminan ALLAH, kecuali su'u zan (buruk sangka) dari makhluk itu sendiri kepada ALLAH SWT.


PENCERAHAN:

Kita harus terus meningkatkan mutu keyakinan kepada ALLAH, agar ALLAH juga selalu yakin untuk memberikan apa pun yang kita minta. Lalu bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri?


1) Ilmul Yaqin

  • Ilmul Yaqin adalah orang yang meyakini segala sesuatu berdasarkan ilmu. Misalnya, di Makkah ada Kaabah. Kita percaya, kerana menurut teorinya begitu, ilmunya begitu. Apa pun sebenarnya pada Kaabah kita percaya, kerana belum tahu yang sebenarnya bagaimana.
2) Ainul Yaqin

  • Ainul Yaqin adalah orang yakin kerana telah melihat dengan mata kepala sendiri. Orang yang telah pergi ke Makkah, boleh melihat sendiri Kaabah. Keyakinannya akan berbeza dengan orang yang yakin berdasarkan teori atau ilmu sahaja. Orang yang mengatakan Kaabah itu hujungnya bulat, kalau hanya dengan ilmu boleh jadi kita percaya. Tapi bagi orang yang telah melihatnya akan berkata sesuai dengan yang telah dia lihat sendiri.
3) Haqqul Yaqin

  • Haqqul Yaqin adalah orang yakin dan terbukti kebenarannya. Orang yang telah merasakan lazatnya tawaf, berdoa di Multazam, merasakan dimakbulkan doanya, dan mengatakan Kaabah itu luar biasa sekali. Setelah pulang, doa kita lebih dirasakan dan susah didustakan. Akan semakin berbeza keyakinannya dengan orang yang hanya yakin berdasarkan ilmu sahaja tanpa merasakan bukti kebenarannya.

  • Inilah cara untuk meningkatkan keyakinan kita. Ini juga yang menjadi tingkat keyakinan tertinggi kita, sehingga tidak boleh digempur dari sisi mana pun. Mulailah dari ilmul yaqin, ainul yaqin, dan akhirnya dengan haqqul yaqin. Hanya itulah yang akan meningkatkan keyakinan kita yang sebenar-benarnya kepada ALLAH.


KESIMPULAN:

Yakinlah, ALLAH yang akan mengatur segalanya. Kita sering mengatakan, " ALLAH MAHA KAYA." Tapi terbukti kita masih risau takut tidak beroleh rezeki. " ALLAH MAHA PENENTU", " ALLAH YANG MENCIPTAKAN SEGALA SESUATUNYA BERPASANG-PASANGAN", tetapi kita masih was-was tidak mendapatkan pasangan. 

Kita sering memuji kebesaran nama ALLAH, tapi kita sendiri kadang-kadang malah tidak melakukan hal yang sesuai dengan apa yang kita katakan. Inilah petanda kita masih ainul yaqin belum sampai pada haqqul yaqin.


SUMBER: CUIT-CUIT USTAZ KAY'S







SELAMAT MEMBACA ^_^










































































































Rabu, 1 April 2015

TAWAKAL

~TAWAKAL~

TAWAKAL berasal dari perkataan Arab 'Wakalah' yang bererti memilih wakil, mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain.

Menurut Abu Zakaria Ansari, "Tawakal ialah keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain." Sifat sedemikian berlaku selepas timbulnya rasa percaya kepada orang yang diserahkan urusan tadi. Maksudnya, dia mesti mempunyai sifat amanah (dipercayai) terhadap apa yang diamanahkan dan dia boleh memberikan rasa tenang dan selamat terhadap orang yang memberikan amanah tersebut.

Imam al-Ghazali menukilkan bahawa,
   
   "Tawakal ialah menyandarkan kepada Allah SWT tatkala menghadapi sesuatu kepentingan, bersandar kepada-Nya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram."

-PENCERAHAN-

Dalam meletakkan sandaran dan perwakilan sebagai kepercayaan sepenuh hati bagi sesuatu urusan, pastinya diperlukan wakil yang diyakini dan diketahui kredibilitinya dan melengkapkan empat sifat, iaitu:


* Muntahal Hidayah ( kepercayaan dan diyakini kebenaran)* Muntahal Qudwah ( mempunyai kemampuan)* Muntahal Fashohah ( cukup berpengetahuan)* Muntahal Syafaqah ( paling prihatin dan kasih sayang)


Tiada makhluk yang diciptakan-Nya berupaya memenuhi semua empat sifat di atas untuk disandarkan kepercayaan. Semua sifat di atas hanyalah ada pada Allah SWT sahaja.

Allah berfirman dalam ayat yang dikenali sebagai 'Ayat 1000 Dinar';

     "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah menetapkan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (al-Thalaq:2-3)

Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Syeikh Dr. Fathi Yakan, ada menyebutkan dalam bab 'Saya Mestilah Muslim dari Sudut Akidah' iaitu saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepada-Nya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah.

Sifat ini seperti seruan Allah SWT;

".....dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya...." (al-Talaq: 3)

'Kenallah Allah Pada Masa Lapang' dalam buku Hadith 40 (terjemahan dan syarahnya) pula mengatakan Rasulullah SAW meneruskan pengajaran kepada Abdullah Ibnu Abbas r.a, iaitu:

  "Peliharalah Allah nescaya engkau dapati-Nya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Dia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang mengalami perkara yang sukar." - Hadis riwayat Muslim 

KESIMPULAN:

Hati ini mengajak diri untuk bertawakal, berserah diri kepada Allah. Semoga segala usaha dan doa yang telah dipanjatkan kepada-Nya dimakbulkan dan dikurniakan keputusan yang diharapkan. Cuma harus diingatkan usaha yang dilakukan sebelum bertawakal itu adalah usaha yang bersesuaian, munasabah dan tidak bertentangan dengan syarak. Contoh, mencari barang yang hilang hendaklah dicari dengan bersungguh-sungguh bukan dengan duduk atas tikar, buat aksi dayung guna tongkat, angkat raga dan dua biji buah kelapa! Sebab nanti yang dicari belum tentu dapat yang confirmed hilang ialah akidah dan maruah.

Sumber: Cuit-Cuit Ustaz Kay's