Powered By Blogger

Selasa, 7 April 2015

J.E.R.E.B.U



HARI ini, ALLAH SWT uji kita dengan jerebu yang memenuhi ruang udara yang tercemar dengan asap tebal yang menyesakkan untuk bernafas dan memedihkan mata yang memandang. Sama ada ianya 'al-Dukhan' sebagaimana tanda-tanda kiamat ataupun bukan itu belum pasti.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah asap (ad-Dukhan) yang memenuhi timur dan barat. Asap itu berada di bumi selama 40 hari. Bagi orang mukmin yang kena asap itu, ia hanya akan diserang gejala semacam selsema. Tetapi bagi orang kafir ia akan mabuk. Asap itu keluar dari lubang hidung, kerongkongan,mata, telinga dan duburnya." 
- Hadis riwayat Imam Al-qurtubi

Oleh sebab itu manusia perlu beradab terhadap alam sekitar dengan cara; Tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Tidak membuat kerosakan kepada makhluk ALLAH yang lain seperti haiwan dan tumbuhan serta menggunakan sumber-sumber alam untuk tujuan kebaikan bersama.

Firman ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud;
"Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia..." -al-Rum: 41


PENCERAHAN:

Antara punca berlakunya pencemaran alam seperti pembakaran terbuka ini adalah kerana; Perasaan tamak dan keinginan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Tidak ada kesedaran tentang pentingnya memelihara alam dan sikap ambil mudah serta akhlak yang buruk orang ramai terhadap alam sekitar.

Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia. Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Sedangkan baginda Nabi Muhammad SAW pernah menyebut:
"Sesiapa yang memotong pokok bidara maka ALLAH akan rendahkan kepalanya di dalam neraka" - Hadis riwayat Abu Daud

Amaran dan doa Nabi SAW agar ALLAH mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka ancamannya adalah neraka.


KESIMPULAN:

Sebenarnya ada jerebu yang lebih bahaya lagi dari jerebu udara ini. Iaitu jerebu Akidah, Jerebu Syariat dan Jerebu Akhlak:

  • J = Jahil ilmu sehingga melakukan kerosakan
  • E = Engkar pada peraturan ALLAH
  • R = Remehkan syariat ALLAH yang telah ditentukan
  • E = Endah tak endah pada aspek kebersihan
  • B = Bakar sesuka hati tanpa peduli persekitaran
  • U = Ulama disiasat ahli khurafat dibiarkan

Kerap kali manusia sangat bimbangkan kehidupannya di dunia yang sementara ini terjejas, tetapi jarang bimbangkan kehidupannya di akhirat yang kekal abadi terlepas!


Sumber: Cuit-Cuit Ustaz Kay's






Selamat membaca ^_^
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan