10 Tip untuk Mencapai
Kecemerlangan Dalam Ramadhan
1.Laparkan Kejayaan : apa-apa pun target anda pada
diri sendiri, anda akan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada target anda
itu. Jangan jadikan kegagalan sebagai pilihan anda pada Ramadhan kali ini,
tanamkan keinginan dan laparkan kejayaan
2.Tetapkan Matlamat : Apabila kita menetapakan
matlamat kita pada Ramadhan kali ini, tetapkan matlamat yang tinggi! Allah
S.W.T telah menetapkan matlamat yang tinggi kepada kita semua, iaitu Syurga
Firdaus, Insyaallah. Kita tidak boleh hanya menetapkan matlamat, tetapi
berusaha untuk mencapainya.
3.Bina Keyakinan Pada Ramadhan Ini : Jangan mendengar kepada mereka yang cuba menjatuhkan atau
mengkritik terhadap perubahan yang cuba anda lakukan. Juga jangan membiarkan
diri anda jatuh atau kecewa pada diri sendiri, jika anda gagal untuk mencapai
matlamat jangka pendek.
4. Buat Apa Yang Kita Suka Buat: pilih amalan yang paling gemar kita lakukan dan tingkatkan ia pada
Ramadhan kali ini. Samada membaca Al-Quran, memasak/memberi makan, Qiamulail
atau Bertahmid dan berzikir memuji tuhan. Lakukan amalan ini lebih dibulan
Ramadhan. Nabi Muhamad S.A.W mahukan amalan ini berterusan walaupun ia kecil.
5. Kaji Kejayaan: Bukan hanya sekadar mengkaji, tetapi belajar
daripada mereka yang lebih berilmu. Ia akan merangsang dan memotivasikan untuk
kita menjadi lebih baik. Contoh terbaik adalah Nabi Muhamad S.A.W dan para
sahabat. Baca kisah tentang mereka, insyaallah kehebatan dan kecekalan mereka
akan memotivasikan kita.
6. Bersahabat Dengan Orang Cemerlang: Tidak dinafikan bahawa orang yang bergaul dengan kita akan
mempengaruhi diri kita samada untuk menjadi baik mahupun buruk. Jika kita ingin
berjaya, berkawanlah dengan orang berjaya. Tabiat baik mereka akan berjangkit
kepada kita dan Insyallah ia akan memotivasikan kita dengan lebih baik lagi
7. Berusaha Sehabis Daya: Mengambil serius tentang
pencapaian kita dan menjadikan mereka sebagai keutamaan. Insyaallah pada
Ramadhan kali ini kita cuba untuk lebih fokus pada perubahan yang ingin kita
lakukan, kerana kita tidak tahu mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat
kita.
8. Bersedia Mengubah Rancangan : lazimnya jadual harian kita akan berubah semasa bulan Ramadhan.
Sekurang-kurangnya cuba untuk mengubahnya dan hindari tabiat lama kerana ini
adalah bulan untuk perubahan. Ia bermaksud bukanlah kita harus mengubah rutin
harian semuanya sekali, tetapi menyesuaikan rutin itu mengikut kesesuaian dan
keselesaan kita. Juga, jangan buat perkara yang mundur ke belakang atau
memadatkan rutin harian kita kerana tiada siapa yang dapat menjangka bila hal
kecemasan boleh berlaku
9.Ingatkan Diri Kita Tentang Hakikat Kejayaan Yang Kita Capai
: Ini ada beberapa cara. Antaranya adalah dengan pergi kepada
seseorang yang boleh sentiasa mengigatkan kita, atau kita boleh mengingatkan
diri kita sendiri. Ingatkan diri kita tentang amalan kita pada bulan ini dan
kita mungkin tidak berpeluang seperti ini lagi.
10.Jangan Berputus Asa : Syaitan sentiasa membuatkan
kita berputus asa atas perkara yang baik, tetapi pada bulan ini, syaitan
dibelenggu. Oleh itu, Kita hanya bertarung dengan diri sendiri – Jangan anggap
kita tidak mampu lakukan! Jika kita seorang yang beriman kepada Allah, jangan
berputus asa, Berbuatlah perkara baik sehingga ke hujung bulan Ramadhan,
walaupun mungkin kita penat seketika, tetapi jangan berputus asa!
Semoga Allah memberi
keampunan kepada kita, Semoga Dia menjadikan Ramadhan kali ni penuh dengan
rahmat dan semoga kita berjaya menjadikan Ramadhan kali ini paling berjaya dan produktif
untuk diri kita!